Kelebihan Mengerjakan Umrah Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga
ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan
tentang kelebihan umrah.
Di antaranya ialah :
Di antaranya ialah :
1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : "Tetamu
Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"
2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPAT GANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA
mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah :
"Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa
yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada
mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham
untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH
Di dalam
Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
"Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu
meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga
hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka
kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya,
`Masuklah ke dalam syurga'"
4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim
diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda
maksudnya : "Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah
haji"
5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Perturutkanlah
antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya
akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang
besi) yang menghilangkan kotoran besi"
6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia
sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak
diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam
surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah ibadah haji
dan umrah kerana Allah" Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :
"Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan
umrah" (Al-Bukhari)
7. PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda
yang bermaksud : "Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah
sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak
mempunyai balasan kecuali syurga"
(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)
:postbox:Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen
No comments:
Post a Comment