Bismillah..
Nak
Berjaya mesti kena ada BIG WHY ... BIG WHY lah yang akan memandu kita …
Kalau
Dulu, masa zaman belajar, kau selalu gigih buat revision, sangup bangun malam
sorang-sorang 2, 3 pagi, even terdetik dalam diri perasaan takut. Dulu jugak, selalu berusaha keras nak siapkan latihan, even
tahu, badan sebenarnya dah penat asbab berlari-lari kejar masa dari pagi sampai
ke petang, memerah otak untuk memahami apa yang dicurahkan oleh sang murabbi.
Malamnya, kau sambung lagi dengan melangkah ke surau, tidak hanya dengan itu, sambung ulangkaji, walaupun tahu, kau kadang
kecundang dek suasana yang terlalu aman di surau.
.
Bila
ingat semula semua tu, terasa bagaikan dijentik bila dengar pengisian daripada insan
yang disegani. Diri termuhasabah, kalau dulu, kenapa aku boleh TERUS BANGKIT,
mengejar impian dan cita-cita. Kenapa dulu, aku terus kuat walau penat.
.
Fikir
dan terus fikir, Ya! Tika itu, kau ada BIG WHY!! BIG WHY lah yang telah
membuatkan kau untuk terus kuat.
Kalau
dulu, setiap kali bangkit pada sepertiga malam, kau gagahi jua diri untuk
tunduk padaMU, merayu padaMU dan usaha untuk dapat yang terbaik dalam
pelajaran. Sebab kau tahu IBU DAN AYAH amat berjasa untuk insan yang kerdil
ini. Segala usaha, berpenat lelah mengerahkan empat kerat demi sesuap rezki
untuk anak-anak. Ingin lihat anak-anak terus menggapai impian seluas langit.
Kalau
dulu kau berpegang kuat dengan janii Ilahi, di tampal ayat Nya sebagai penguat
diri, kerna takut tergolong dalam kalangan kafiri.
“…
dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah. Sesungguhnya
tidak berputus asa dari rahmat allah melainkan kaum yang kafir”
Lalu
kenapa sekarang, kau kecundang? Kenapa kau menjauh dari BIG WHY itu,, apakah
Big WHY itu, sudah terkubur dalam liang lahad?
BANGKITLAH wahai insan yang kerdil, perjuanganmu
masih belum berakhir, selagi hayat dikandung badan, kau punya matlamat yang perlu
digapai! Ibu Ayah, keluarga, Masyarakat, perlukanmu!
Nak berjuang, bukan sahaja dalam dunia pelajaran. Malah
selagi kau hidup, tak kira lah sekarang kau kau bekerja dalam bidang apa,
asalkan kau punyai niat yang berpaksi pada ilahi.
BANGKIT DARI LENA
BANGKIT DARI ZON SELESA
JANGAN PERNAH MENGALAH
Coretan hati bagi insan kerdil sebagai muhasabah
diri
Tegur aku andai aku kecundang dari tujuan ilahi
Doakan aku supaya terus kuat dan tabah dalam dunia
bisnes dan apa pun pekerjaan, semoga dengan biz Shaklee ini ku dapat bantu
serami yang mampu, semoga ia menjadi bekalan ku di akhirat kelak. Hidup untuk
berbakti!
Mahirah Yusof
pro sid Shaklee
aafiatlife
#twa #review #muhasabah
No comments:
Post a Comment